Tuesday, April 28, 2009

PERNIAGAAN SALAH DAN H ARAM

Sumbangan Ikhlas

Saya ada letakkan salah satu contoh sumbangan ikhlas yang haram dan salah di blog saya sebelum post ini.

Saya ada terjumpa satu lagi perniagaan dengan konsep ini.Saya tak tahu mana asalnya program ini,apabila saya dapat pastikan saya akan bawakan kepada anda.Saya tidak nyatakan nama org tersebut dalam contoh iklan perniagaan ini bagi menjaga maruah mereka.Akan tetapi,jika anda masih teruskan dengan perniagaan ini, saya bakal bukukan semua contoh lengkap kepada dan diedarkan secara percuma.

Kenapa saya berbuat demikian,saya dah cuba sedaya upaya terangkan program ini salah dari semua sisi.Namun,saya masih terima hampir 10000 e-mail sehari daripada aktiviti ini.Saya sertai yahoo group utk mencari perniagaan dan sebaginya dan terjumpalah perniagaan yg saya pantang habis ni.

Contoh:

Assalamualaikum,

Minta maaf kerana menganggu saudara/saudari.Tujuan saya menghantar email ini adalah memohon jasa baik saudara/saudari di dunia ini.Saya memohon bantuan saudara/ saudari untuk menderma bagi saya meringankan tanggungan saya kerana saya tidak mempunyai jalan selain menulis email atau berbuat secara begini.Saya memohon jika saudara / saudari ikhlas membantu saya dengan menyumbang walaupun RM1 ke dalam akaun saya ataupun membuat arahan bank RM 1 ke dalam akaun saya.Ini bukan bertujuan untuk penipuan atau sebagainya.Sebagai Islam saya rasa tidak layak untuk menipu di dalam situasi begini.Saya tidak memaksa untuk menderma atau menyumbang.Tetapi saya sentiasa mendoakan semoga Allah S.W.T memudahkan segala urusan seharian anda..amin
Semoga Allah memberkati anda kerana membantu saya di dalam kesusahan.

Terima kasih.
Wasalam.

Nama : Saya akan pamerkan jika mereka tak henti kerja ni
No. akaun : ( Maybank Berhad, Malaysia)

Saya tak pasti yg ini program internet ke,atau buat sendiri je.Yang pastinya adalah salah. Saya nah tanya kepada golongan ini.

1) Anda nah org bantu awak kerana susah kan,dari mana pula kamu dapat wang utk masuk internet ini.Mesti kamu ada computer dan internet di rumahkan.Jika anda di cyber café,anda kita ada wang juga.Jika anda mengunakan computer rakan anda,anda kenapa saja tak minta bantuan dari rakan anda.

2) Biarkan dengan itu,kalau dah pandai buat iklan,kenapa tak saja cari program internet yg baik dan halal.Kenapa anda malas dan minta derma daripada org ramai.

3) Ok,saya nah panggilah golongan ini PEMINTA SEDEKAH. Kenapa saja kamu tak minta sedekah ditepi jalan ke atau kedai ke,lagi banyak pendapatan.

4) Nama islam,tetapi adakah minta sedekah.Kalau seorg saya tak marah, tapi,hampir ratusan org buat iklan di group dengan nama bantuan. Golongan ini memalukan agama sahaja.

5) Saya nah hapuskan peminta sedekah ini secara habis habisan.Jika anda jumpa e-mail ini jangan memberi sebarangan bantuan.Jika boleh tolong balas e-mail tu dengan nyatakan anda buat kerja tak betul. Buat sesuatu dengan berusaha dahulu.

Wahai golongan ini,anda jadilah peminat setia kat blog saya,saya akan bocurkan satu persatu perniagaan internet kepada anda.Tak dah modal pun taka pa saudari saudara ku sekalian. Yg penting kerja halal duit halal harta halal dan ada usaha yg gigih.

Program halal yg diharamkan

Pelik kan nama tu, tapi itulah yg banyak berlaku terutama pengiklan di group.Anda join perniagaan atau program yg betul,sah di sisi undang undang, halal 100% tetapi anda cuba haramkan.

Saya bagi satu contoh.

Saya dapati ramai pengiklan mengunakan perkataan lucah dan gambar lucah untuk menarik minat org membaca iklan mereka. Perkataan lucah seperti “video malam pertama artis” sering digunakan golongan ini.Saya tak boleh bagi contoh gambar kat blog.Anda faham fahamlah sendiri.

Kerja yg saya ertikan bodoh ini adalah haram dan duit yg ada dapat pun haram.Bukan anda sahaja berdosa,org yg membaca pun turut berdosa.Jika terbaca, pengiklan kena tanggung dosa pembaca.

Ingatlah,jangan ada join perniagaan yg ada pengiklan membuat iklan lucah ini. Haram segalanya.duit haram,perniagaan haram,pembaca dan pengiklan pun berdosa.Tinggal tunggu je pembalasan ALLAH

Satu lagi adalah iklan penipuan utk mendorong org membaca iklan tersebut.

Coth: Tanpa modal anda boleh jana 10k.Apabila org baca dan klik ada pula modal yg harus dikeluarkan sedikit.

Pelaburan Internet

Pertama kali,cuba kita tanya diri kita adakah sesiapa mahu memberi kita secara percuma walaupun hanya 10 sen.Jawapan memang tiada.Jadi, terus terang saya nyatakan disini tiada perniagaan internet 4D iaitu Duduk Diam Dapat Duit.Istilah isi salah dari semua segi.

Pertama kali saya ambil dari segi agama islam, biar saya gunakan rumus utk memudahkan anda faham .Kita pelukan DUIT utk berjaya.Hanya mereka yg ada DUIT sahaja akan berjaya.Yang tiada DUIT,minta maaf ye,anda pasti tidak berjaya.Saya yakin itu kerana ALLAH maha adil.Jadi pastikan anda ada duit ye.Semua boleh buat DUIT ini.Saya yakin itu.

D=DOA

U=USAHA

I=IKTIHAR

T=TAWAKAL

Dari segi konsep perniagaan pun sama juga,siapa usaha lebih anda pasti dapat lebih kerana ALLAH beri lebih.Siapa usaha kurang,maka kuranglah pendapatan kerana ALLAH bagi kurang.Siapa langsung tak ada usaha, maka tiadalah jawapannya kerana ALLAH tak nampak kesungguhan anda.

Hanya DUIT sahaja anda dapat berjaya.Jika 4D anda pasti tertipu dan gagal malah anda akan merana sepajang hayat.

Pelaburan internet 4D biasanya diertikan dengan SKIM CEPAT KAYA atau SKIM PONZI atau SKIM PIRAMID

Hanya mengunakan modal sahaja perniagaan ini terus menjana wang.Rakyat Malaysia sangat mudah terpengaruh dengan ini kerana ingin kaya cepat tanpa usaha.

Saya istilahkan 4D sebagai kegiatan berjudi dan HARAM 100% .

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Dresses. Powered by Blogger